Isnin, 4 Ogos 2008

Pengamal Sihir

Pengamal-Pengamal sihir adalah terdiri daripada mereka yang:

1. Mereka yang berminat mengamalkannya.
2. Mereka yang berhati busuk
3. Mereka yang menderhaka kepada guru mereka
4. Mereka yang kesempitan wang dan mencari wang
5. Mereka yang mempunyai sifat hasad dengki yang tinggi
6. Mereka yang suka bermegah dengan kehebatan diri
7. Mereka yang telah disesatkan
8. Mereka yang telah ingkar dengan amanah Allah
9. Mereka yang mempunyai sifat dendam yang tinggi
10. Mereka yang tersalah memilih guru.
11. Mereka yang kafir dan ingin menkafirkan orang lain.

Ilmu Sihir

sejak mutakhir ini kejadian sihir semakin berleluasa di kalangan orang-orang melayu..berbagai kejadian yang aneh dan mistik sering berlaku kepada pelbagai peringkat tak kira yang tua mahupun yang muda.Yang anehnya juga kejadian sihir ini jarang sekali kedengaran di kalangan orang-orang cina atau orang-orang india.Pelbagai cerita kita dengar berkaitan sihir ini diantara yang terbaru satu kenyataan berani chef wan menceritakan bahawa beliau telah disihir,kedai-kedai makan di daerah kuala kangsar diserang santau,pengikut ayahpin telah disihir(satu kejadian yang menggemparkan negara kita pada satu ketika dahulu dengan kerajaan langitnya dan pelbagai lagi cerita yang kalau dikumpulkan akan mendedahkan masyarakat melayu telahpun terdedah dan berhadapan dengan kumpulan ajaran sesat yang menduakan allah.Cerita ini akan saya huraikan satu persatu bagaimana kejadian-kejadian ini boleh berlaku disesi yang akan datang